Sabtu, 02 Maret 2013

Syarat Taqwa Yang Ke Lima adalah Mujahadah


Walaupun hati sudah terbuka, rindu dan suka pada Islam, sudah faham Islam dan yakin pula pada apa yang difahami itu, tetapi kalau hendak bertindak dan melaksanakannya, masyaAllah, rupanya bukan Amerika, bukan Yahudi, bukan pula orang kafir yang menghalang tetapi musuh dalam diri kita sendiri iaitu nafsu kita yang menghalang! Nafsu yang ada dalam diri kita itulah yang lebih jahat dari pada syaitan. Syaitan tidak bisa mempengaruhi seseorang kalau dia tidak meniti di atas nafsu. Denga kata lain, nafsu adalah highway bagi syaitan. Seandainya nafsu dapat diperangi, maka tertutuplah jalan syaitan dan dia tidak bisa mempengaruhi jiwa kita. Sedangkan nafsu ini sebagaimana yang digambarkan oleh Allah, ia sangat jahat.


Firman Allah SWT :
"Innan nafsa la amratum bissuk " :   .

Maksudnya: " Sesungguhya hawa nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan." (Yusuf:53)

Dalam ayat yang pendek ini, Allah memberitahukan pada manusia bahwa musuh manusia yang paling ketat adalah nafsunya yang ada dalam tubuhnya sendiri.
Ini diperkuatkan lagi oleh sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: " Musuh yang paling memusuhi kamu adalah nafsu yang ada di antara dua lambungmu."

Nafsu inilah yang menjadi penghalang utama dan pertama dalam mengamalkan dan melaksanakan Islam. Kemudian barulah syaitan, dunia dan perkara-perkara yang lain. Memerangi hawa nafsu lebih hebat daripada memerangi Yahudi dan Nasrani atau orang kafir. Sebab berperang dengan orang kafir cuma sekali-sekala. Memerangi nafsu tidak ada hentinya dan tidak ada penghujungnya. Nafsulah penghalang yang paling jahat. Kenapa? Seandainya musuh dalam selimut itu masih mudah dan bisa kita hadapi. Tetapi nafsu adalah sebahagian dari juzuk tubuh badan kita sendiri. Tidak sempurna diri kita kalau tidak ada nafsu.

Ia bukannya musuh dalam selimut tetapi musuh dalam diri. Sebahagian diri kita memusuhi kita. Ia adalah jismul latif iaitu tubuh yang halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kepala. Ia hanya bisa dirasakan oleh mata hati. Oleh karena itu manalah mungkin kita bisa membuangnya. Sekiranya dibuang, kita pun pasti mati. Sebab nafsu itu perlu untuk kita hidup. Nafsulah penghalang yang besar. Kalau hendak sembahyang Subuh contohnya, kita kata tunggulah dulu. Bangun sepuluh minit lagi. Akhirnya kita tidak bangun sembahyang Subuh. Karena pukul 8.00 pagi kita baru terjaga. Siapakah yang membisikkan itu kepada kita? Itulah nafsu.
Bukan mudah untuk berjuang dan berkorban. Nafsu akan berbisik, "Fikirkanlah masa depan kamu”
Bukannya mudah untuk sabar apabila berhadapan dengan ujian. Bukan mudah sebab nafsu tidak mahu. Begitu juga untuk memberi maaf kepada orang yang buat salah pada kita. Kita merasa terhina untuk memaafkan orang yang bersalah pada kita terutama kalau kita ada pangkat dan pengaruh. Lebih-lebih lagi kalau kita yang bersalah, Untuk minta maaf lebih susah. Terasa tertentang ego kita. Bukan mudah untuk mujahadah kalau nafsu kata jangan. Hendak mengikut syariat itu tidaklah gampang. Sebab itulah barangsiapa yang berhasil melawan hawa nafsunya, dia dianggap pahlawan. Dianggap seorang pemberani dan luar biasa.

Ada hadis mengatakan:
Maksudnya:   `"Tidak dianggap seseorang itu berani bila dia dapat mengalahkan musuhnya tetapi dianggap berani jika seseorang itu dapat melawan hawa nafsunya."

Tetapi selalunya kalau seseorang itu dapat mengalahkan nafsunya, sehingga dia menjadi orang yang baik dan soleh, manusia lain menganggap dia orang yang paling jahat di dunia. Orang tidak bilang dia pahlawan atau seorang yang pemberani. Tetapi orang yang sudah dikalahkan oleh hawa nafsunya dan hidupnya sudah lintang pukang, orang bilang mereka inilah pahlawan! Bush dianggap pahlawan oleh orang Amerika. Saddam juga dianggap pahlawan oleh orang Iraq. Tidak kira apapun gelarnya apakah tokoh atau jaguh yang dikurniakan kepada seseorang itu, kalau kita tinjau kehidupan dan peribadi mereka, kebanyakan mereka adalah orang yang sudah kalah dan sudah ditumpaskan oleh hawa nafsu mereka. Jadi dalam dunia hari ini, siapa yang dikalahkan oleh hawa nafsunya dianggap tokoh, jaguh dan pahlawan.

Itulah pahlawan palsu. ahlawanyang sebenar-benar ialah orang yang dapat mengalahkan hawa nafsunya . Inilah yang dikatakan pejuang yang hakiki. Selagi hawa nafsu tidak bisa diperangi, selama itulah seseorang itu tidak akan terarah kepada Allah. Tidak akan dapat benar-benar mengabdi kepada Allah. Tidak akan jatuh cinta kepada Alah. Tidak akan dapat memberikan ketaatan yang tidak terbelah bagi kepada Allah. Kalau nafsu tidak diperangi, seseorang itu tidak akan dapat hidup dalam kebenaran dan tidak akan dapat hidup dalam pimpinan Allah.

Firman Allah SWT:
"Wallazina jahadu fina lanahdiyannahum subulana wainnallaha lama`almuhsinin."

Maksudnya: "Mereka yang berjuang untuk melawan hawa nafsu kerana menempuh jalan Kami, sesungguhnya Kami akan tunjukkan jalan Kami. Sesungguhnya Allah itu berserta dengan orang yang berbuat baik." (Al Ankabut:69)

Ini jaminan dari Allah. Siapa yang sanggup melawan hawa nafsunya, Allah akan tunjukkan jalan hingga diberi kemenangan, diberi bantuan dan terarah ke jalan yang sebenar. Inilah rahsia untuk mendapat pembelaan dari Allah. Artinya, mereka mendapat pembelaan dari Allah semenjak di dunia. Jadi sesiapa yang sanggup melawan hawa nafsunya, dia adalah rijalullah (orang Allah, keluarga Allah, kepunyaan Allah dan tentera Allah). Siapa yang menjadi kepunyaan Allah atau tentera Allah, dia akan dibantu Allah.

Tetapi selagi belum menjadi tentera Allah, sebaliknya, menjadi tentera manusia atau tentera syaitan, Allah akan mebiarkan. Kalau diberi kemenangan pun ,atas dasar dia kuat bukan atas dasar dapat bantuan dari Allah. Dia dibantu atas dasar istidraj, bukan atas dasar rahmat. Jadi, seseorang itu harus sanggup melawan hawa nafsunya. Kalau tidak, banyaklah ajaran Islam yang akan terabaikan.Banyak perintah Allah yang diabaikan. Kalau tidak dapat melawan hawa nafsu, banyak pula larangan Allah yang dikerjakan.

 Jadi hanya dengan melakukan mujahadatunnafsi (mujahadah melawan hawa nafsu), barulah ajaran Islam itu bisa kita amalkan sungguh-sungguh kerana nafsu sangat menghalang itu sudah tidak ada lagi. Barulah maksiat lahir dan batin dapat kita tinggalkan dan hindarkan kerana nafsu yang sangat menyuruh kepada kejahatan itu sudah tidak ada lagi. Nafsu itu sudah kita didik, sudah kita kalahkan, sudah kita jinakkan dan sudah menjadi tawanan kita.
Peringkat-peringkat Nafsu
Nafsu itu berperingkat-peringkat. Seseorang yang bisa mengalahkan nafsunya di satu peringkat, maka nafsunya itu akan meningkat ke peringkat atau taraf nafsu yang lebih baik. Begitulah seterusnya hingga nafsu itu benar-benar dapat ditundukkan pada perintah Allah Taala. Peringkat nafsu dari terendah adalah seperti berikut:
1. Ammarah
2. Lauwamah
3. Mulhamah
4. Mutmainnah
5. Radhiah
6. Mardhiah
7. Kamilah

Mujahadatunnafsi

Bermujahadah melawan hawa nafsu ialah menempuh tiga langkah seperti berikut:
1. Takhalli
2. Tahalli
3. Tajalli

Ketiga-tiga peringkat ini hendaklah dilakukan dengan melaksanakan latihan-latihan rohaniah yang dinamakan riadhatunnafsi yakni latihan untuk melawan atau menentang atau memerangi semua kehendak-kehendak nafsu yang jahat. Caranya ialah dengan membuat latihan menolak segala kemahuan jahat yang ditimbulkan oleh nafsu.

1. Takhalli
Maksudnya mengosongkan atau membuang atau menyucikan hati dari sifat-sifat yang keji. Di peringkat ini, kita harus melawan dan membuang secara paksa dan terus menerus semua kehendak nafsu yang rendah (jahat) dan yang dilarang oleh Allah. Selagi kita tidak membenci, memusuhi dan membuang kehendak-kehendak tersebut jauh-jauh secara paksa dan terus menerus, maka nafsu jahat itu akan sentiasa menguasai dan memperhambakan kita.

Apabila nafsu jahat dibiarkan menguasai kita, iman tidak akan ada tempat di hati. Kalau iman tidak ada, manusia bukan lagi menyembah Allah tetapi akan menyembah hawa nafsunya. Oleh karena itu, usaha melawan hawa nafsu jangan dianggap enteng. Ia adalah satu jihad yang besar.

2. Tahalli
Maksudnya mengisi atau menghiasi dengan sifat-sifat terpuji. Setelah kita mujahadah mengosongkan hati dari sifat-sifat mazmumah atau sifat-sifat keji, segera pula kita hiasi hati kita itu dengan sifat-sifat mahmudah atau terpuji. Untuk ini, sekali lagi kita perlu bermujahadah. Untuk membuang sifat-sifat mazmumah dari hati perlu mujahadah. Untuk mengisi hati dengan sifat-sifat mahmudah pun perlu mujahadah. Kalau tidak, iman tidak akan wujud dalam hati kerana iman itu berdiri di atas sifat-sifat mahmudah.

3. Tajalli
Maksudnya terasa kebesaran dan kehebatan Allah atau keadaan sentiasa merasa bertuhan. Ia adalah sebagai hasil dari mujahadah. Selepas peringkat takhalli dan tahalli , kita akan memperolehi tajalli . Ia satu perasaan yang datang sendiri tanpa perlu diusahakan lagi. Agak sukar untuk menggambarkan perasaan ini dengan bahasa tetapi secara ringkas, secara mudah dan secara asasnya, ia adalah rasa bertuhan, rasa dilihat dan diawasi oleh Allah, hati seakan-akan hidup, nampak dan terasa kebesaran Allah. Ingatan dan kerinduan terarah kepada Allah. Hati tenggelam dalam kebesaran-Nya atau dalam kecintaan pada-Nya. Harapan dan pergantungan hati tidak ada pada yang lain selain Allah. Apa saja masalah hidup dihadapi dengan tenang dan bahagia. Tidak ada apa-apa kesusahan dalam hidup. Yang baik mahupun yang buruk dirasakan sebagai hadiah dari Allah. Dunia terasa bagaikan Syurga. Inilah kebahagiaan yang sejati dan abadi iaitu kebahagiaan hati.

Syarat Taqwa Yang Ke enam adalah Istiqamah Beramal

Beramal jangan bermusim, jangan ada turun naiknya. Kalau sudah beribadah, haruslah terus beribadah. Kalau sudah berukhwah, teruslah berukhwah. Kalau meninggalkan maksiat, teruslah meninggalkannya. Jangan sesekali melakukannya, sesekali meninggalkan. Begitu juga dengan berjuang, berdakwah dan sebagainya, hendaklah berjuang dan berdakwah terus menutus.
Jangan kadang-kadang beribadah, kadang-kadang tidak.
Jangan kadang-kadang berukhwah, kadang-kadang tidak.
Jangan kadang-kadang berjuang, kadang-kadang tidak.
Jangan kadang-kadang berdakwah, kadang-kadang tidak.
Bukan saja perintah suruhan, malahan perintah larangan pun harus ditinggalkan secara istiqamah. Dengan kata lain, beramal hendaklah secara tetap, rajin dan terus menerus.

Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW:

"Ahabba `amala ilallahi `azzawajalla adwamuhu wain qalla "
Maksudnya " Amalan yang disukai Allah ialah yang dibuat secara istiqamah sekalipun sedikit." (Riwayat Bukhari)

Apakah yang dimaksudkan dengan sedikit? Sekiranya tidak dihuraikan, nanti akan ada orang yang mengambil kesempatan dengan berkata,
`` Yang penting istiqamah, tetap Allah terima walaupun sedikit, Jadi, saya akan sembahyang saja. Saya akan tetap sembahyang sampai mati. Puasa, naik haji, zakat, berkurban dan sebagainya tidak usah dikerjakan``

Sebenarnya sedikit yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW itu adalah pada amalan-amalan sunat. Istiqamah itu dalam amalan sunat. Amalan fardhu atau wajib harus sempurna. Amalan fardhu dan wajib tidak bisa ditinggalkan. Jumlahnya tetap dan ia harus dikerjakan secara berterusan. Istiqamah tidak perlu disebut pada amalan yang wajib atau fardhu.

Amalan yang istiqamah akan memberi kesan pada roh atau hati seseorang. Seperti titisan air, walaupun ia kecil dan lembut tetapi jika ia menitis sepanjang masa, lama kelamaan batu pun akan lengkung. Sebaliknya, air banjir yang datang setahun sekali atau dua tahun sekali, walaupun besar tetapi ia tidak dapat melekukkan batu. Tegasnya, amalan sunat yang istiqamah sangat memberi kesan kepada hati. Kesannya dapat dilihat pada gerak geri. Ia membuahkan akhlak yang mulia. Sebaliknya amalan sunat yang dibuat walaupun banyak tetapi tidak secara istiqamah, ia tidak memberi kesan kepada jiwa dan peribadi seseorang.

Istiqamah itu ada lahir dan ada batin. Istiqamah dalam amalan lahir itu mudah. Tetapi istiqamah dalam amalan batin itu susah. Hendak berterusan dalam sembahyang, puasa, zakat dan sebagainya, itu mudah. Tetapi hendak berterusan dalam berkasih sayang, merendah diri, sabar, tawadhuk, redha, pemurah, bertaubat dan lain-lain, itu yang susah. Jangan meminta jadi wali tetapi mintalah istiqamah batiniah. Istiqamah batiniah itu ialah kewalian. Istiqamah batiniah itu adalah karamah.

=== bersambung ===

Tidak ada komentar:

Posting Komentar