Rabu, 20 Februari 2013

Beramal Untuk Menambah Taqwa


Firman Allah SWT:
"Watazau wadu fainna khairazza dittaqwa."

Maksudnya:
"Hendaklah kamu menambah bekalan. Maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah sifat taqwa." (Al Baqarah: 197)

Di sini Allah menyuruh kita supaya menambah sifat taqwa. Kerana sifat taqwa ini adalah bekalan kita di Akhirat kelak. Ia juga untuk mendapat bantuan Allah di dunia dalam berbagai bentuk. Itulah yang merupakan khawariqul `adah . Kalau di zaman Rasulullah SAW dikatakan mukjizat. Kalau bukan dizaman Rasulullah dikatakan keramat atau berkat atau rahmat dari Allah.

Seperti yang pernah terjadi dan dipaparkan dalam sejarah, dalam peperangan, umat Islam yang sedikit bisa mengalahkan musuh yang ramai, atau mendapat rezeki dari sumber yang tidak diduga dan lain-lain contoh yang banyak terjadi dikalangan para Sahabat. Itu di dunia, tetapi yang paling utama ialah di Akhirat kelak.

Allah telah menyebutkan dalam firman-Nya di atas, hendaklah kita sentiasa menambah bekalan yaitu sifat taqwa. Kita disuruh membangunkan aset di Akhirat sambil mendapat pertolongan dan bantuan Alllah di dunia. Menambah sifat taqwa ini haruslah di atas landasan syariat.Yang asas-asasnya ialah sembahyang (solat), puasa, zakat dan naik haji. Itu asas atau tapak untuk menambah taqwa.

Selain yang asas ini, banyak lagi yang lain. Mungkin di atas landasan fardhu kifayah, di atas landasan perkara-perkara sunat dan hal-hal yang harus. Walaupun asalnya harus, tetapi kalau kita pandai mengikut ilmunya, yang harus pun bisa menambah sifat taqwa.

Menambah sifat taqwa haruslah di atas landasan syariat. Sebagai contoh yang mudah, yang dapat dilihat oleh mata sebab ia dilaksanakan oleh lahiriah kita ialah seperti membangunkan ekonomi. Mengapa kita bangunkan ekonomi? Dalam Islam, berekonomi bukan untuk mencari untung walaupun di situ ada untung. Kita berekonomi untuk menambah sifat taqwa. Tetapi kebanyakan orang berdagang dan berekonomi untuk tujuan komersial dan untuk mendapat untung. Itu tidak betul. Untung itu datang sendiri. Jadi sebenarnya berdasarkan ayat tadi, hendaklah kita berekonomi untuk menambah bekalan dan bekalan disini ialah sifat taqwa.

Dalam Islam kita berdagang untuk menambah sifat taqwa. Berdagang itu ibadah. Ianya sama seperti ibadah-ibadah yang lain seperti sembahyang, hanya ia berbentuk umumiah. Kita berkebudayaan, hendak menambah sifat taqwa. Kita bangunkan jemaah, moga-moga dengan jemaah itu dapat membangunkan lagi sifat taqwa. Kita bekerjasama, mengajar, membangun pendidikan, maka disitulah kita dapat menambah sifat taqwa. Kita membangun klinik dan sebagainya, moga-moga dari situlah kita dapat menambah sifat taqwa. Kita berdakwah, membuat perhubungan, semoga dapat menambah sifat taqwa. Kita nikah, berkeluaraga, beranak cucu, moga-moga dari situ dapat menambah sifat taqwa. Kalau dicampur-campur banyaklah jumlahnya. Itu semua adalah ibadah yang bisa mendatangkan taqwa.

Janganlah kita mencari taqwa di atas syariat yang terbatas seperti yang terkandung di dalam rukun Islam yang lima itu saja. Itu hanya asasnya saja. Banyak lagi cabang-cabang dan ranting-rantingnya. Banyak lagi perkara yang bisa dijadikan ibadah. Jangan berwirid, berzikir, baca Al Quran dan duduk-duduk di dalam masjid dan disurau saja. Sebenarnya seluruh tindakan lahir dan aktiviti kita dalam kehidupan ini walaupun harus, itu adalah syariat. Angkat tangan, pandang sana, pandang sini, hayun kaki, itu semua termasuk syariat. Maka moga-moga dengan mengamalkan seluruh syariat itulah kita akan dapat menambah sifat taqwa. Sifat taqwa banyak di tengah-tengah kehidupan. Bukan di masjid atau di surau saja. Membantu orang, bersatu padu, berkasih sayang, menyelesaikan masalah orang dan berkerjasama, itu semua adalah amalan taqwa.

Kalau benda atau syariat itu dianggap kecil, maka kecillah sifat taqwanya. Kalau dianggap besar, maka besarlah sifat taqwanya. Dari situlah malaikat akan metulis pada kitab amalan kita. Kitab amalan itu akan diberikan kepada kita, digantung di leher di Padang Mahsyar nanti. Setiap orang akan ada cacatan amalnya. Masing-masing akan membawanya. Yang tukang baca ialah kita sendiri. Barulah kita mengerti bahawa menambah sifat taqwa itu adalah di atas segala usaha dan aktiviti kita. Di atas penglihatan, pendengaran, gerakan tangan, gerakan kaki ke tempat-tempat yang kita pergi. Malahan ia terjadi dalam disetiap akitviti hidup kita. Di situlah kita akan dapat taqwa.
 === bersambung ===

Tidak ada komentar:

Posting Komentar