Kamis, 21 Februari 2013

Kesan Kesan Kalau Berkerja di dasari Dengan Taqwa


Bila berniaga kerana hendak untung, kalau rugi, menderita, sedih, hilang semangat dan tidak bermaya. Padahal kalau berniaga ada roh, rugi pun tidak mengapa sebab dapat sifat taqwa. Itu yang utama. Itu pun niat kita asalnya. Mungkin di kedai Tuhan rugikan kita tetapi Tuhan untungkan kita di tempat lain. Tuhan kata siapa yang bertaqwa akan dapat rezeki dari sumber yang tidak diduga. Jadi walaupun rugi berniaga, yang penting dalam berniaga ada roh, ada nyawa dan ada penghayatan. Jadi perniagaan yang hidup yang bukan bangkai ialah perniagaan yang ada roh. Bila ada roh atau nyawa kalaupun kita rugi, kita tidak bimbang. Tuhan akan datangkan untung dari sumber lain yang tidak diduga.


Syariat yang kita bangunkan itu, dari yang asas hingga yang tambahan, hendak dibagikan roh memang susah. Kalau boleh bagi roh, seronok. Kita bukan hendak fikir untuk dapat untung, tetapi untuk dapat taqwa. Kalau dapat taqwa, rugi pun tidak mengapa. Di sini kita berkerja dengan jiwa yang hidup. Kita tidak akan bimbang, takut atau jemu. Kita tidak rasa rugi atau susah hati. Kita akan rasa seronok dan terhibur sebab dapat taqwa. Taqwa ini untung yang besar yang hendak kita bawa sebagai bekalan di Akhirat.

Kalau kita bekerja, walaupun memenuhi syariat, tetapi diniatkan untuk dapat dunia, sama ada untuk dapat untung, pujian-pujian, glamour, pangkat atau lain-lain, maka kita telah membunuh roh amalan kita. Kita tidak lagi bekerja untuk Tuhan atau untuk mendapat taqwa. Bila rugi, kita kecewa. Bila banyak cabaran, kita cemas, letih dan mudah marah. Tetapi kalau kita niatkan untuk mendapat taqwa, kita akan sedar bahawa di atas keletihan, kesusahan dan rasa cemas itulah kita akan dapat taqwa. Kita akan terhibur. Yang letih itu hanyalah fizikal kita. Roh kita sentiasa hidup dan sentiasa gembira.

Sebab itu bagi para Sahabat, berjuang dan berdakwah itu satu hiburan walaupun susah. Kadang-kadang sepuluh atau dua puluh tahun bermusafir, baru balik. Belanja usaha sendiri. Naik unta atau kadang-kadang berjalan kaki dari satu kota ke kota lain. Dari satu negeri ke negeri yang lain. Tinggal isteri dan keluarga. Ada yang keluar berjalan ketika isteri sedang mengandung. Bila balik, anak sudah muda remaja hingga dia pun tidak kenal.

Sekarang kita senang berdakwah. Dewan cantik, kerusi cantik, kenderaan cantik dan jalan cantik. Dulu mana ada dewan. Kalau tengok orang sedang perah susu kambing, dia datangi. Orang berjalan dipanggil. Diceritakan tentang agama dan tentang Tuhan. Memang susah.Tetapi seronok sebab jiwa hidup. Orang dulu terhibur sebab akan dapat sifat taqwa. Kalau sekarang tidak larat. Sekarang berdakwah kerana hendak nama, hendak duit dan glamour. Kalau orang kritik atau yang datang mendengar tidak ramai, maka tidak seronok. Jadi lemah dan hilang semangat. Kadang-kadang marah. Kali kedua tidak datang lagi. Hati berkata, "Tidak ramai orang datang, tidak cukup orang hendak puji aku, buat apa datang."

Tetapi kalau kita fikir hendak tambah sifat taqwa, kita akan terhibur untuk sampaikan ajaran Tuhan walaupun yang mendengar hanya bilangan jari sebab kita tetap akan dapat menambah taqwa. Malahan lebih mudah untuk kita menjaga hati supaya tidak rosak dan merasa bangga. Tetapi bila fikir hendak duit, fikir hendak nama, hilang semangat. Ertinya berdakwah dan jihad yang dibuat adalah dakwah dan jihad bangkai. Jadi faktor taqwa adalah faktor dalaman.

Betullah kata Tuhan melalui Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat lahir kamu tetapi Tuhan melihat hati kamu dan amalan kamu".
Lahir hanya 10%, itu pun kalau dibuat dengan sempurna. Kalau tidak sempurna, mungkin dapat 2-3% sahaja. Tuhan pandang roh ibadah. Sebab itu dalam ajaran Islam ini, diam pun ibadah, tetapi mesti ada roh. Diam yang tidak ada roh, tidak ada rasa bertuhan, tidak ada rasa hamba, itu diam sia-sia.

Kalau nampak diam tetapi ada roh, iaitu kita sedang fikir tentang dosa, kita fikirkan kuliah, kita fikirkan kebaikan apa lagi yang hendak dibuat untuk menambah sifat taqwa, maka diam itu diam taqwa. Paling tidak kita niat, aku diamlah sebab cakap banyak nanti banyak salah. Banyak salah banyak dosa. Sebab ada faktor dalaman, maka ada roh. Maka diam itu jadi amalan taqwa. Indahnya hidup dengan Tuhan.

Kalau roh ibadah ini dapat diterapkan, gagal pun tidak apa, tetap seronok dan indah. Sebab kejayaan bukan matlamat. Matlamatnya adalah untuk menambah sifat taqwa. Kalau kita fikir hendak untung atau hendak orang terima kita, kalau tidak untung dan orang tidak terima maka kita hilang semangat. Kalau kita fikir hendak menambah sifat taqwa, apa jadi pun tidak ada masalah. Kita tetap rasa puas. Di situ ada kemanisan dan keindahan.

=== bersambung ===

1 komentar:

  1. tempat nonton film online gratis https://goo.gl/XtLFdg

    tempat nonton film online gratis https://goo.gl/XtLFdg

    tempat nonton film online gratis https://goo.gl/XtLFdg

    tempat nonton film online gratis https://goo.gl/XtLFdg

    tempat nonton film online gratis https://goo.gl/XtLFdg

    tempat nonton film online gratis https://goo.gl/XtLFdg

    tempat nonton film online gratis https://goo.gl/XtLFdg

    tempat nonton film online gratis https://goo.gl/XtLFdg

    tempat nonton film online gratis https://goo.gl/XtLFdg

    BalasHapus