Di antara sangat jauh perbedaannya. Kalau kita hendak membuat perumpamaan, bisa kita kata Islam itu ibarat sebuah taman yang indah, yang di dalam taman itu ada pokok buah-buahan, bunga-bungaan dan sayur-sayuran. Orang masuk Islam itu sebenarnya baru masuk dan berada di pintu taman itu. Dia baru ambil tiket untuk membolehkan dia menjelajahi taman. Syahadah itu ibarat tiket semata-mata. Dia masih belum tahu apa yang ada di dalam taman itu. Sedangkan dalam taman itu ada bermacam-macam keindahan. Ada keindahan rasa, keindahan akal, keindahan pandangan dan pendengaran dan banyak lagi
.
Orang mukmin itu, dia sudah menjelajah taman. Sudah round taman itu. Dia sudah melihat keindahan taman. Orang bertaqwa pula, dia sudah makan dan merasa semua buah-buahan dan sayur-sayuran dalam taman itu. Maka orang bertaqwalah yang paling tinggi.
Sebagai contoh lagi, katalah kita mau mengunjungi sebuah zoo. Kita ambil tiket lalu duduk di pintu. habis itu kita pulang. Atau di sebuah taman bunga yang indah, kita ambil tiket dan duduk di kursi. habis itu kita pulang. Kemudian kita bilang kalau kita sudah masuk zoo dan sudah masuk taman. Memang betul kita sudah masuk. Tetapi kita belum lihat dan belum merasa hebatnya dan indahnya zoo dan taman itu. Masalah kita sudah masuk itu satu perkara. Itulah Islam. Masalah kita sudah melihat dan sudah merasakan keindahan dan kenikmatan zoo dan taman, itu satu perkara yang lain pula. Itulah mukmin dan taqwa.
Contoh lain, seperti seorang yang hendak masuk ke universitas. Dia baru daftar nama, belum belajar dan belum jalan-jalan di kawasan universitas tersebut. Kalau diterima masuk, dia baru ada nama sebagai pelajar universitas. Itulah Islam. Dia belum bisa dikatakan seorang intelek atau seorang graduan. Intelek dan graduan itu ibarat mukmin dan taqwa. Cuma selesai pendaftaran, automatik dia menjadi student . Dia belum dapat ilmu. Menjelajahi kawasan universiti pun belum.
Atau kalau hendak dicontohkan lagi, Islam adalah ibarat kulit buah yaitu benda luar, benda lahir atau benda yang nampak. Iman adalah isinya manakala rasa isi itu adalah taqwa. Soal isi dan rasa, itu soal batin atau soal rohaniah. Kulit buah itu ibarat Islam, seperti syahadah, sembahyang, puasa, zakat dan haji. Mungkin tambah lagi dengan sedekah, belajar dan lain-lain. Itu kulit. Itu Islam.
Kalau kita hendak beli buah, adakah kita hendak makan kulit atau isi? Tentulah isi. Tetapi perlu diingat, kalau kulit cacat kita tidak akan beli buah itu walaupun bukan kulit yang hendak dimakan. Kalau kulit tidak bagus. Tentu saja kita tidak akan membelinya. Tetapi ada juga buah yang kulitnya cantik dan bagus tetapi di dalamnya ada ulat. Kalau kulit baik, belum tentu isinya baik, tetapi kalau kulit rosak sudah tentu, pasti yang di dalamnya rusak. Tidak semestinya kulit yang bagus menggambarkan isi yang bagus. Begitu juga tidak semestinya kulit yang bagus menggambarkan rasa isi yang manis. Katakanlah isi baik, namun belum tentu rasanya manis. Kalau isi baik, bias dimakan tetapi belum tentu rasanya manis. Isi baik, itu tamsilan orang mukmin. Rasa sedap, itu tamsilan orang bertaqwa.
Beza antara orang Islam dan orang mukmin terlalu jauh. Kalau wujud ciri mukmin maka secara automatik ciri Islam itu wujud. Namun, kalau ciri Islam wujud pada seseorang, belum tentu ciri mukmin juga ada. Kerana itu iman perlu dicari. Iman itulah taqwa. Tidak cukup jadi orang Islam saja tetapi harus menjadi orang mukmin (bertaqwa).
Iman adalah hakikat dan Islam adalah syariat. Iman bersifat rohaniah dan Islam bersifat lahiriah. Yang Tuhan akan nilai di Akhirat nanti ialah iman. Yang Tuhan akan nilai adalah hakikat-nya. Hakikat bertapak pada roh atau hati. Hatilah yang Tuhan akan nilai, bukan perkara perkara lahir. Namun, kedua-duanya mesti dikerjakan. Tetapi keutamaannya adalah pada hati. Orang mukmin dijamin masuk Syurga sedangkan orang Islam tidak dijamin sedemikian.
Ada satu cerita di zaman Rasulullah. Seorang Arab Badwi masuk Islam. Apabila bertemu dengan Rasulullah, dia berkata kepada baginda, "Wahai Rasulullah, saya sudah beriman. Terus Rasulullah menegur, "Jangan katakan kamu sudah beriman. Katakanlah sahaja kamu sudah Islam."
Ertinya untuk dapat iman adalah susah. Untuk menjadi Islam, itu mudah. Syahadah sahaja, sudah Islam. Di sinilah kita lihat mengapa umat Islam masih jahat walaupun ibadah banyak. Ibadah yang banyak hanya menggambarkan kulit atau syariat atau Islam. Ibadah tidak semestinya menggambarkan iman dan taqwa. Katalah seorang itu sembahyangnya banyak, puasa sunat banyak, rajin mengaji dan berjuang tetapi dalam masa yang sama dia berbohong, korupri, hasad dengki, tidak ada kasih sayang dan tidak pedulikan orang. Islamnya hebat. Syariatnya pun hebat. Tetapi cacatnya terlalu banyak. Itu petanda hatinya belum benar-benar beriman dan bertaqwa.
=== bersambung ===
semga banyak lagi tulisan yg ada sumber ilmiahnya
BalasHapus