Nama lengkap: Muhammad bin
‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama Ayah: ‘Abdullah bin ‘Abdul
Muttalib bin Hashim
Nama Ibu: Aminah binti Wahab bin
‘Abdul Manaf
Nama kakek: Syaibah bin Hâsyim
dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib
Paman paman Beliau:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul
Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib
Nama Ibu susuan Rasulullah
(Rodhi'):
- Ibu susuan pertama Thuwaibah
(hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti
Abu Zuaib As-Sa‘diah
(lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah, Suaminya bernama Abu Kabsyah)
Nama isteri pertama dan usia
baginda menikah:
Khadijah binti Khuwailid
Al-Asadiyah ,
usia Beliau saat itu 25 tahun .
Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid
al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah
al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Syaidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin
al-Khattab r.a
(anak Syaidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi
Umaiyah r.a (digelar
Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian
r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt.
Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma’ bt. al-Nu’man
al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu
Orang Miskin)
Nama Putra Putri Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
8. Halah bin Hind bin Habbasy
bin Zurarah al-Tamimi
(anak tiri Rasulullah: anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin
Habbasy. Ketika menikah dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).
Pengalaman Kerja Rasulullah:
* Semenjak kecil lagi, baginda
telah beternak kambing dan berniaga membantu paman Beliau.
* Abu Thalib telah membawa
baginda ke Syam (Syria)
untuk membantunya berniaga.
* Setelah beranjak dewasa,
baginda mulai menjalankan dagang sendiri dengan secara kecil-kecilan dan
menjalankan perniagaan dengan menggunakan/menjalankan modal orang lain. karena
baginda sadar pamannya bukanlah dari orang yang berada dan beliau terpaksa ikut
kepada sebuah keluarga yang besar.
* Ketika baginda berusia dua
puluh lima
tahun, baginda pergi ke Syam untuk kali kedua dalam menjalankan perniagaan
Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang kepala keluarga yang patut
dicontoh. Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.
* Sebagai seorang suami, baginda
sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menambal
pakaian yang robek/sobek, membersih rumah dan menjaga anak.
* Sebagai orang tua, baginda
memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik
kepada anak anak beliau.
Gelar Al-Amin bagi Rasulullah
SAW:
Baginda merupakan seorang yang
jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa
dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab
Quraisy.
Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
- Berkata benar (siddiq)
- Boleh dipercayai (amanah)
- Penyampai ajaran Islam
(tabligh)
- Bijaksana (fathonah)
Kepemimpinan Rasulullah ketika
peristiwa banjir di kota
Mekah saat berusia 35thn:
Kota Mekah telah dilanda banjir
kilat yang menyebabkan dinding ka'bah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah
membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perselisihan antara ketua
kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru
sebelah timur bangunan ka'bah. Perselisihan ini hampir menimbulkan peperangan.
Akhirnya Rasulullah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan
secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perselisihan diantara ketua
kaum Quraisy tersebut.
Peristiwa Rasulullah menerima
wahyu:
- Wahyu pertama diterima
Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 Agustus 610 M)
- Ketika itu Rasulullah berusia
40 tahun.
- Wahyu tersebut diterima
baginda di Gua Hiro' al-Jabar Nur.
- Surah al-Alaq, wahyu pertama
yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang telah menciptakan
manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah,
yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan
kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- Wahyu kedua, surah al-Muddasir
(ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
- Wahyu kedua ini menandakan
pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.
Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat
nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi
berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid
(isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat
karib)
Wahyu pertama yg diterima oleh
Rasulullah, waktu dan usia Rasulullah:
- Wahyu pertama yaitu dari surah
al-Alaq yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan
manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah,
yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan
kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- Pada hari isnin, 17 ramadan (6
Agustus 610 M)
- Berusia 40 tahun.
Keadaan Rasulullah ketika
menerima Wahyu:
Pada suatu ketika Beliau sedang
bertafakkur datanglah malaikat kepadanya,
Malaikat berkata untuk pertama
kalinya: “Bacalah!” (Iqra’).
Rasulullah menjawab; “Saya tidak
bisa membaca”
Dalam penyampaian Beliau: “Maka
aku pegang dan didekapnya sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskannya
aku.
Malaikat berkata kedua kalinya:
“Bacalah!”
Tetapi aku jawab: “Aku tidak
bisa membaca!” Lalu aku didekap lagi sampai habis tenagaku.
Kemudian ditegakkannya aku
baik-baik dan dikatakannya lagi: “Bacalah!”, yang ketiga kali.
Lalu berkatalah malaikat itu:
“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan” sampai kepada ayat “Yang
telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu.”
Setelah sampai pada ujung ayat
tersebut malaikat itu pun menghilang dan tinggallah beliau seorang diri dalam
rasa kengerian dan ketakutan yang sangat dahsyat.
Kemudian beliau segera pulang
kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: “Selimutilah aku,
selimutilah aku.” (Zammiluuni, zammiluuni).
Maka segeralah orang-orang dalam
rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. dan berkatalah
beliau kepada Khadijah: “Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku
ini?”
Lantas Beliau bercerita dari
segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: “Aku ngeri atas
diriku"
selesai ...
** Semoga Bermanfa'at **
*** SHOLLU 'ALAN NABI MUHAMMAD
***
Tidak ada komentar:
Posting Komentar