Kamis, 28 Februari 2013

Penjelasan Syarat Syarat Taqwa


Syarat-syarat taqwa itu sebagai berikut:

1.     Dapat petunjuk dari Allah (Hidayah)
2.     Faham tentang Islam
3.     Yakin
4.     Melaksanakan
5.     Mujahadah
6.     Istiqamah beramal
7.     Ada pemimpin yang memimpin (mursyid)
8.     Berdoa kepada Allah


Syarat Taqwa Yang Pertama Adalah Mendapat Petunjuk Dari Allah (Hidayah)


Di sinilah titik tolak atau modal utama ke arah taqwa yaitu mendapat petunjuk atau hidayah.Hidayah datang dari Allah.Allah meberi hidayah kepada seseorang dengan cara mengetuk pintu hatinya.Kalau seseorang mendapatkan hidayah,dia senang kepada Islam,sayang kepada Islam,suka kepada Islam,terhibur dengan Islam dan terbuka hatinya untuk Islam.Sebut saja Islam,dia terasa indah dan menyenangkan.Dia terasa terhibur walaupun dia tidak tahu apa itu Islam.
Firman Allah SWT:

" Famay yuridillahu ayyahdiyahu yashrah sadrahu lil islami. "
Maksudnya:"
" Barangsiapa yang Allah kehendaki untuk diberi-Nya petunjuk, maka dilapangkan hatinya untuk menerima Islam." ( Al An`am: 125)
Jadi kalau seseorang itu Allah beri hidayah dan Allah buka pintu hatinya hingga dia sayang,suka, minat,terhibur dan gembira dengan Islam, maka inilah kunci yang pertama untuk dia bertindak membaiki diri.Tetapi kalau hati sudah tertutup, hidayah tidak dapat, maka rasa senang hati dan suka pada Islam tidak ada.Walaupun seseorang itu pakar dalam Islam, hafaz Al Quran, hafaz ribuan Hadis sekalipun namun tanpa hidayah, dia tidak akan mahu membaiki diri.Dorongan untuk membaiki diri tidak ada.Minat tidak ada.Hati tidak terbuka ke arah itu.Rasa minat,cinta dan suka pada Islam,itulah dorongan untuk beramal dan memperbaiki diri.Ibarat orang yang cinta dengan isteri,apa saja kehendak isterinya akan dituruti dan dia rela bersusah payah dan berkorban habis-habisan untuk isterinya hatta nyawanya sekalipun.

Pentingnya Hidayah

Hidayah adalah suatu perkara yang sangat berharga kerana dari situlah titik tolak seseorang yang tidak Islam itu bisa masuk Islam.Kemudian dari situ dia berusaha untuk mendapatkan ilmu dan iman serta lain-lain lagi yang ada di dalam ajaran Islam.Untuk seseorang yang memang sudah Islam, akan terbukalah pintu hatinya untuk serius dengan Islam dan berusaha mempelajari ilmu Islam dari sumber Al Quran dan Hadis serta mengamalkannya.

Sesorang yang tidak Islam kalau belum mendapat hidayah artinya hatinya belum terbuka untuk menerima Islam atau masuk Islam.Begitu juga seseorang yang berketurunan Islam, jika hidayah belum dapat artinya hatinya tidak akan terbuka untuk serius dengan Islam,untuk mengamalkannya dan memperjuangkannya.Setelah berusaha mempelajari dan setelah hati terbuka untuk beramal maka selepas itu mungkin akan mendapat taufiq dari Allah Taala.

Taufiq artinya apa yang diamalkan itu tepat atau betul dengan kehendak Allah Taala.Maka sempurnalah Islam seseorang itu kerana seluruh amalannya telah bergabung di situ di antara hidayah dengan taufiq.Namun mendapat taufiq pun belum tentu selamat.Walaupun lahiriah dan maknawiyahnya sudah betul tetapi zahiriah dan batiniahnya mungkin belum selesai.Apa yang tersembunyi dalam hati mungkin tidak sama dengan apa yang dizahirkan.Amalan zahir nampak hebat tetapi mungkin dicelahi dengan riyak, ujub, hasad dengki dan sebagainya yang merusak amalan.Kalau soal batiniah tidak dijaga, orang yang mendapat taufiq pun bisa terkandas.Inikan baru sekedar mendapat hidayah.Tanpa tasawuf, ramai tertipu dengan ibadah mereka.

Soal ada kemahuan untuk membuat kebaikan dan mendapat ilmu (hidayah),itu soal lahiriah.Untuk beramal,apakah untuk berbuat ibadah atau meninggalkan maksiat,itu juga soal lahiriah.Kalaupun ilmu dan amal soleh sudah sejalan dan amalan tepat atau sudah benar dengan kehendak Allah (taufiq),itu pun masih soal lahiriah.Soal batin atau tasawuf belum diambil kira.Sedangkan amalan yang diterima oleh Allah itu harus cukup syarat lahir dan batinnya.

Walau bagaimanapun,setakat hidayah itu pun sudah merupakan satu anugerah yang sangat berharga dari Allah Taala yang Maha Pemurah, kerana dari hidayahlah pintu hati terbuka untuk menjadi seorang Islam atau bagi seorang Islam pula,terbuka hatinya untuk mempelajari dan mengamalkan ajaran Islam.Oleh kerana hidayah adalah satu benda yang berharga,tidak semua orang bisa mendapatkannya atau memperolehinya.

Sebab-Sebab Seseorang Itu Mendapat Hidayah
Walau bagaimanapun untuk mendapat hidayah ada bermacam-macam sebab atau ada berbagai-bagai macam cara yang di antara satu sama lain tidak sama. Di antara sebab seseorang itu mendapat hidayah adalah seperti berikut:
1.     Dia lahir di dalam keluarga yang beragama, maka dia mendapat didikan secara langsung dan praktikal daripada suasana berkeluarga. Orang ini agak bernasib baik.
2.     Dia yang lahir-lahir saja Allah telah bekalkan kesedaran dan petunjuk. Dari kecil sudah suka kepada kebaikan dan kebenaran. Dia terus mencari dan mengamalkan. Orang seperti ini amat sedikit. Ini adalah pemberian Allah secara wahbiah (secara anugerah).
3.     Orang yang dalam perjalanan hidupnya berjumpa golongan atau kelompok yang beragama Islam dan mengamalkan syariat. Manakala dilihat kehidupan mereka begitu baik dan bahagia lantas mengikut golongan itu.
4.     Orang yang sentiasa mencari-cari kebenaran, mereka sentiasa membaca, mengkaji, memperbandingkan serta melihat-lihat berbagai golongan dari berbagai-bagai agama dan ideologi serta bergaul dengan golongan-golongan itu maka akhirnya bertemu dengan kebenaran.
5.     Orang yang mendapat pendidikan Islam, mendengar ceramah agama, ikut kursus agama, menghadiri majlis-majlis agama maka dia mendapat petunjuk dari mengaji dan mendengar itu.
6.     Orang yang diuji oleh Allah, mungkin setelah kaya jatuh miskin atau mendapat sakit parah, atau ditimpa bencana alam dan lain-lain, maka di situ dia sedar dan insaf. Lantaran itu dia kembali mendekati diri kepada Allah SWT.
7.     Orang yang mendapat kebenaran, kerana Allah mengizinkannya mengalami alam kerohanian seperti melihat di dalam mimpi alam Barzakh, melihat orang kena azab atau dia sendiri yang kena azab atau melihat gambaran Qiamat atau Allah perlihatkan kepadanya pohon sujud, pohon bertasbih dan lain-lain kejadian yang ajaib. Setelah itu dia pun kembali kepada kebenaran.
8.     Orang yang sedar setelah melihat ada golongan atau keluarga yang kehidupan dunianya begitu hebat, rumah besar, kaya raya, kenderaan yang mewah, harta banyak tetapi kehidupan keluarga itu sentiasa porak peranda, krisis sering terjadi, kasih sayang dan ukhwah tidak ada, masing-masing membawa haluan sendiri maka dari peristiwa itu dia sedar dan insaf bahawa kemewahan hidup tidak menjamin kebahagian di dunia apatah lagi di Akhirat kelak.
9.     Orang yang dia sendiri mengalami kehidupan mewah, serba ada, apa hendak semua dapat, pangkat ada, duit banyak, namun kebahagiaan tidak dirasai, kehidupan keluarga porak-peranda lantas dia insaf dan sedar akhirnya mencari jalan kebenaran.
10.                        Orang yang dapat petunjuk kerana ada orang yang soleh atau orang yang bertaqwa mendoakannya, lantas doa itu dikabulkan oleh Allah, maka Islamlah dia sepertimana Sayidina Umar Al Khattab r.a. dapat petunjuk kerana doa Rasulullah SAW.

 

Syarat Taqwa Yang ke Dua Faham Tentang Islam

Faham tentang Islam bukan berarti diberitahu tentang Islam atau diajar tentang Islam. Faham tentang Islam bukan berarti sekadar punya ilmu tentang Islam. Ramai orang punya ilmu Islam tetapi tidak faham Islam. Tahu dan adalah dua keadaan yang berbeza. Faham itu merangkumi semua aspek. Faham zahir dan batinnya, rohnya, yang tersurat dan tersirat.
Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW:

Maksudnya: '' Barangsiapa yang Allah hendak menjadikan dia orang baik, maka dia akan diberikan kefahaman tentang agama.''
Rasulullah SAW tidak menyebut,' ' Barangsiapa yang Allah hendak jadikan dia orang baik, maka dia akan di ajarkan tentang agama.''
Rasulullah tidak berkata, ''Dia akan diberitahu tentang agama.''
Rasulullah juga tidak berkata,' ' Dia akan diberi ilmu tentang agama.''
Tetapi Rasulullah berkata, ' ' Dia akan diberikan kefahaman tentang agama.''
Sebab tidak seharusnya seseorang itu akan faham kalau dia diajarkan. Tidak seharusnya kalau dia diberitahu, dia akan faham, akan menghayati serta akan menjiwainya. Tetapi kalau dikatakan ' diberikan kefahaman tentang agama' maknanya dari otak hinggalah ke hati akan menjadi satu keyakinan yang akhirnya akan dijiwai dan dihayati. Sudah seharusnya kalau hendak faham harus ada ilmunya. Kita harus cari ilmu. Tetapi belum tentu kalau ada ilmunya, kita akan faham. Faham itu hikmahnya. Faham itu ialah ilmu dalam ilmu.

Kalau begitu sekiranya sekadar diajar atau diberitahu tentang Islam, tidak ada jaminan seseorang itu akan menjadi baik. Tetapi kalau ' diberikan kefahaman' , itulah tanda seseorang itu akan membuat perubahan. Sebab kalau dikatakan 'diberikan kefahaman ',ia akan jatuh ke hati. Tetapi kalau hanya 'diberitahu' atau 'diajarkan', itu sebatas diakal saja. Akhirnya, jadi mental exercise . Pintar dan lancar dia memperkatakan tentang Islam tetapi hanya berputar di akal tidak di hati. Kalau ilmu bertapak di akal, penjelasannya hebat, bisa menulis dan sebagainya. Tetapi kalau ia tidak bertapak di hati, ia bukan menjadi keyakinan hidupnya. Artinya dia tidak menghayati ilmunya. Kalau begitu ilmu yang ada diotaknya tidak mendorong dia untuk membaiki diri. Tidak mendorong dia untuk menggunakan ilmunya itu untuk menuntun hidupnya. Tetapi kalau ilmu itu sampai ke hati barulah ia akan berkesan pada dirinya.

Sebab itulah orang alim ramai tetapi orang faqih (orang yang faham) sedikit. Yang diajar dan diberitahu tentang ilmu Islam itu ramai tetapi yang menjiwai Islam itu tidak ramai. Seseorang yang sekadar diberitahu atau diajarkan tentang Islam, belum tentu terdorong untuk membaiki diri. Akalnya terisi dengan ilmu Islam, tetapi kalau ilmu tidak bertapak dalam hati, dorongan untuk membaiki diri dan mengamalkan ilmu tidak ada. Manakala kalau ilmu disertai kefahaman, bermakna seseorang itu tahu dari hati dan jiwanya, bukan sekadar dengan akal saja. Ini akan mendorongnya membaiki diri.Namun perlu diingat, kalau hati sahaja terbuka untuk menerima Islam, tetapi ilmunya tidak ada maka seseorang itu tidak akan bisa berbuat apa apa.Kalau kita senang beramal saja tetapi malas hendak menuntut ilmu, maka banyaklah kesalahan yang akan kita buat. Amalan yang tidak disuluh dengan ilmu maka akan tertolak amalan itu. Beramal tanpa ilmu tidak sah dan dianya akan ditolak.

Jadi kefahaman tentang Islam ini perlu ada. Islam mesti difahami secara syumul, secara lengkap, bukannya secara serpihan. Islam yang difahami harus meliputi seluruh aspek kehidupan manusia. Islam harus difahami sebagai cara hidup sebagai `ad-deen` . Atau dengan kata-kata lain, Islam harus difahami sebagai aqidah, sebagai ajaran ibadah, dakwah, ukhwah, jihad, jemaah, amrun bil makruf wanahyun `anil mungkar , tarbiah, pendidikan, ekonomi, dakwah Islamiah, hal antar bangsa hinggalah kepada hal-hal yang menjangkau alam sejagat. Untuk faham pula harus ada jalan, ada usaha dan ada caranya. Bukan bisa faham begitu-begitu saja. Harus melahirkan sebabnya seperti belajar, membaca, mentalaah, muzakarah, bertanya dan sebagainya. Jadi, suka, minat atau lapang dada menerima Islam saja tidak cukup. Harus disertai dengan kefahaman, kemudian harus berbuat dan bertindak berdasarkan kefahaman itu.

Kalau sesuatu amalan itu dikerjkan atas dasar tahu saja tanpa disertai kefahaman, jadilah amalan itu lahirnya betul tetapi hatinya rusak. Misalnya, dia tahu cara hendak sembahyang dan akan bersembahyang tetapi roh sembahyang tidak ada. Bila roh sembahyang tidak ada, hakikatnya dia belum bersembahyang. Begitu juga bagi orang yang sekadar tahu ilmu berjuang dan bias berjuang. Lahirnya saja bagus, tetapi hatinya akan rosak. Roh berjuang tidak ada. Manakala kalau diberi ilmu puasa saja dan dia bias berpuasa tetapi berpuasa hanya tangannya, mulutnya, matanya dan perutnya sedangkan rohnya, hatinya dan nafsunya tidak berpuasa. Sebab mengetahui itu hanya terhadap benda-benda lahir yang dapat dinilai oleh mata kepala. Tetapi `faham` itu lebih mendalam yaitu hati atau rohani sama-sama merasakannya, bukan akal saja yang mengetahui.

Begitu juga, tidak cukup membangunkan Islam dengan cara semangat-semangat, slogan-slogan, pekik sana, pekik sini, demonstrasi sana, demonstrasi sini, kutuk orang itu, kutuk orang ini. Ini bukan faham namanya. Jangankan faham, kadang-kadang ilmu pun belum ada. Ini lebih parah. Kononnya berani tetapi berani seperti lembu. Lembu kalau berani, tembok pun ditanduknya. Sepatutnya lembu tanduk manusia sebab setiap hari manusialah yang memperhambakannya. Ini tidak, tanduk yang tajam itu digunakan untuk tanduk tembok atau tanduk pokok kayu. Beranikah itu namanya? Memanglah berani tetapi berani melulu. Berani bodoh.

Begitulah juga umat Islam. Bukannya tidak berani. Orang punya senjata automatis, kendaraan perisai tetapi dia main baling batu saja ditengah jalan. Semua orang mengakui yang itu berani. Tetapi berani seperti lembu. Umpama air bah, kalau tidak ada saluran yang betul, habis semua benda diterpanya. Pohon kelapa orang, kebun orang, rumah orang dan sebagainya habis rata dibuatnya. Tetapi kalau ada saluran dan sistem perparitan yang betul, air bah itu dapat dikawal dan dialirkan ke sungai. Bahkan di parit, bisa tangkap ikan dan main sampan. Jangan berani melulu macam air bah. Paling tidak biar berani atas dasar ilmu. Tetapi paling baik, berani atas dasar faham. Kalau tidak faham, harus tanya, belajar, muzakarah, musyawarah, harus banyak mentelaah dan lain-lain.

=== bersambung ===

2 komentar:

  1. ﴾ Al Baqarah:177 ﴿
    Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.

    BalasHapus
  2. tempat nonton film online gratis https://goo.gl/XtLFdg

    tempat nonton film online gratis https://goo.gl/XtLFdg

    tempat nonton film online gratis https://goo.gl/XtLFdg

    tempat nonton film online gratis https://goo.gl/XtLFdg

    tempat nonton film online gratis https://goo.gl/XtLFdg

    tempat nonton film online gratis https://goo.gl/XtLFdg

    tempat nonton film online gratis https://goo.gl/XtLFdg

    tempat nonton film online gratis https://goo.gl/XtLFdg

    tempat nonton film online gratis https://goo.gl/XtLFdg

    BalasHapus