Hari ini semua perkara yang telah kita bicakan di posting sebelumnya tidak akan pernah terjadi. Kerana kita hanya memikirkan supaya negara maju, maka yang terus maju ialah
negara bukan rakyatnya. Yang membangun ialah negara bukan orangnya. Masyarakat masyarakatnya dibiarkan bermain dan lalai dengan nafsu. Hati mereka tidak
dihiasai dengan iman dan taqwa. Maka nafsulah yang menjadi raja dan menjadi Tuhan. Nafsulah yang
mengatur kehidupan. Kehendak nafsulah yang diturutkan. Sebab itu masyarakat
menjadi huru-hara dan kacau bilau.
Negara yang dibangunkan, dimajukan, dimoderenkan. Ilmu dicari, ekonomi dibina, jawatan dikejar. Dalam masa yang sama, kehendak nafsu diikuti dan dituruti. Nafsu dilayan semahu-mahunya. Akhirnya nafsu menjadi subur. Bila nafsu subur maka ia berputik. Putik itu menjadi bunga. Bunga nafsu menjadi buah. Apakah buah nafsu? Buah nafsu ialah mazmumah. Buah nafsu ialah sombong, hasad, dengki, bakhil, pemarah, pendendam, ujub, sum`ah, riyak, gila dunia, gila puji dan banyak lagi.
Nafsu sangat mendorong kepada kejahatan. Nafsu suka pada apa yang Tuhan larang dan benci pada apa yang Tuhan suruh. Nafsu benci kepada sembahyang, puasa, zakat, menolong orang dan bersedekah. Nafsu suka berfoya-foya, membazir harta dan wang, arak, judi, zina dan lain-lainnya. Kalau nafsu sudah memengang peranan, sangat susah untuk taat kepada Tuhan. Susah untuk menengakkan suruhan dan syariat Tuhan. Nafsulah penghalang utama kepada iman dan taqwa.
Buah-buah nafsu pula iaitu segala-segala sifat mazmumah yang bersarang di hati, merusak hubungan sesama manusia. Sifat-sifat mazmumah seperti sombong, hasad dengki, bakhil, pemarah itulah yang menyebabkan terjadinya berbagai kriminal dan menjadi punca manusia berkelahi dan akhirnya saling membunuh. Manusia hidup penuh cemas, bimbang dan dalam ketakutan. Hilang kedamaian, kemanan, keharmonian, perpaduan dan kasih sayang. Musnahlah kebahagiaan.
=== bersambung ===

Tidak ada komentar:
Posting Komentar