Sabtu, 16 Februari 2013

Nilai Taqwa Yang Sebenarnya

Taqwa terlalu mahal harganya. la aset bagi orang mukmin dunia dan Akhirat. Kalau umat Islam tahu akan nilai sebenarnya taqwa, mereka akan bergolok-bergadai untuk memperolehinya. Tetapi oleh kerana mereka tidak tahu, mereka menganggap taqwa itu tidak ada nilai apa-apa dan tidak berharga. Mereka tidak sanggup berusaha untuk mendapatkannya. Namun kalau kerana duit, harta, kuasa, nama, glamour dan perempuan, mereka sanggup bersusah payah dan berkorban apa sahaja.


Kalau kita hanya ingin menjadi Islam, itu mudah. Hanya ingin digelar sebagai orang Islam, itu gampang. Hanya dengan mengucap dua kalimah syahadah, kita sudah Islam. Kalau sudah bersyahadah, orang tidak bisa bilang seseorang itu kafir. Kalau orang itu mati, ditanam di kubur orang Islam. Tetapi hanya Islam sahaja tidak memadai. la belum selamat dan menyela-matkan. Kalau kita baca Quran dan Hadis, tidak ada satu ayat pun yang mengatakan bahawa orang Islam itu selamat. Allah dan Rasul tidak pernah menjanjikan apa-apa kepada orang yang hanya semata-mata Islam.

Taqwa adalah keselamatan bagi orang mukmin di dunia dan Akhirat. Kita kena bersungguh-sungguh mendapatkannya. Kita kena berhempas pulas. Kalau bisa guna duit untuk mendapat-kan taqwa, gunalah duit. Kalau bisa guna tenaga, gunakanlah tenaga. Kalau bisa guna fikiran, gunalah fikiran. Kalau bisa guna ilmu, gunalah ilmu. Kalau perlu berkorban dan bersusah payah, haruslah berkorban dan bersusah payah. Kerana taqwa itu terlalu mahal dan sangat berharga.

Kalau kita sanggup berkorban dan bersusah payah untuk mendapat dunia, kekayaan, jabatan yang tinggi dan gaji yang besar, kenapa kita tidak sanggup berkorban dan bersusah payah untuk mendapat taqwa? Kalau kita sanggup mati, sanggup sakit, sanggup menempuh segala macam halangan, sanggup tinggal-kan anak isteri, sanggup bertungkus-lumus mencari ilmu hingga sampai ke Eropah, England dan Mesir yang nilainya separas bumi, kenapa kita tidak sanggup bersusah payah untuk men-dapatkan taqwa yang nilainya setinggi langit malahan lebih tinggi dari itu. 

=== bersambung ===

Tidak ada komentar:

Posting Komentar