Senin, 18 Februari 2013

Pengantar untuk mendapatkan Taqwa


Kebanyakan orang tidak mengerti apa sebenarnya taqwa itu. Walaupun istilah taqwa selalu disebut tetapi ilmu tentang taqwa tidak pernah diajarkan. Jalan untuk mendapatkan taqwa tidak pernah diberitahu. Syarat-syarat dan rukun-rukun taqwa juga tidak pernah dinyatakan. Orang sudah llupa dengan perkataan taqwa. Sesetengah orang menganggap perkataan taqwa itu sudah tidak ada arti apa-apa kerana kebanyakan orang tidak mengerti.


Sebab itu, setiap kali disuruh bertaqwa, orang tidak bertaqwa. Disebut Ittaqullah, `bertaqwalah kamu kepada Allah` , namun orang tidak bertaqwa juga. Walhal suruhan supaya bertaqwa itu disebut dalam setiap khutbah sembahyang Jumaat kerana ia adalah rukun khutbah. Kalau tidak disebut taqwa, tidak sah sembahyang Jumaat walaupun sembahyang khusyuk. Tetapi walaupun selalu disebut, orang tetap tidak mengerti. la tidak mejadi ilmu, ia tidak mejadi amalan dan pegangan, jauh sekali untuk dihayati. Oleh itu bagaimana hendak jadi orang yang bertaqwa.

Taqwa bukan hanya melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan. Bukan sebatas menunai segala perintah dan menjauhkan kemaksiatan. Bukan sebatas mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Bukan juga sebatas meninggalkan apa yang haram dan menunaikan apa yang fardhu. Bukan sebatas menjauhkan yang syirik dengan beramal dan taat kepada Allah. Bukan sebatas menjauhkan diri dari segala apa yang akan menjauhkan diri kita daripada Allah. Bukan sebatas mengkususkan diri kepada yang halal saja dan bukan sebatas beramal untuk ketaatan kepada Allah semata-mata.

Inilah kupasan dan kefahaman tentang taqwa yang dibawa oleh para ustaz, para muallim, orang yang hafaz Quran dan Hadis bahkan juga para mufti dan kadhi. Taqwa itu sangat dipermudahkan sehingga orang tidak merasakan bahawa taqwa itu penting dan perlu diperjuangkan demi untuk mendapat ke-selamatan di dunia dan Akhirat. Maksud taqwa sebenarnya lebih dalam dan lebih luas dari itu. Taqwa adalah antara perkara yang terpokok dalam agama.

Orang membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang atau orang menunaikan ketaatan dan menjauhkan kemaksiatan, tidak semestinya berasaskan taqwa. Mereka taat mungkin kerana ada sebab-sebab lain. Mungkin mahu upah, mahu dipuji, mahu pengaruh atau untuk mengambil hati orang. Mereka meninggalkan apa yang dilarang pun mungkin ada sebab-sebab lain. Mungkin kerana mahu dihormati, mahu menjaga nama dan kedudukan, takut dihukum, takut orang mengata dan menghina atau takut dipulaukan orang.
=== bersambung===

Tidak ada komentar:

Posting Komentar