Allah sangat memerintahkan kita supaya menjadi orang-orang yang bertaqwa sehingga untuk itu Allah membuat bermacam-macam janji muluk untuk sesiapa yang bertaqwa. Taqwa adalah sumber bagi segala kekayaan. Memiliki taqwa ertinya memiliki segala-galanya, yakni segala kesenangan lahiriah dan batiniah.
Orang bertaqwa, dengan jawatan tinggi yang disandang, dia tidak sombong. Dengan kekayaan yang dimiliki, dia tidak bakhil. Dengan ilmu yang yang tinggi, dia tidak berlagak dan takabur. Kalau dia miskin, dia akan redha dan tidak hasad dengki.
Alangkah hebat dan bijaknya orang yang memburu taqwa. Kerana taqwa mengatasi segala nilai pangkat, degree, gaji besar, banyak harta dan lain-lain. Taqwa adalah satu darjat tertinggi di sisi Allah. Kalau manusia boleh memperolehinya, jadilah dia semulia-mulia dan seagung-agung manusia.
Allah berfirman: " Inna akramakum `indallahi atqakum" .
Maksudnya: " Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah kamu yang paling bertaqwa." (Al Hujurat: 13)
Cara hidup orang bertaqwa berbeza sekali dengan cara hidup orang yang tidak bertaqwa. Bezanya bagaikan langit dengan bumi. Sama ada cara hidup dalam rumah tangga, dalam jemaah, dalam negeri atau dalam negara. Bagi orang-orang yang bertaqwa, banyak perkara yang pelik dan keramat atau maunah yang berlaku. Kalau ada masyarakat dan pemimpin dalam satu negara yang bertaqwa, maka Allah akan datangkan pertolongan ghaib yang luar biasa.
Hingga jadilah negara itu seperti yang Allah SWT firmankan: " Baldatun toyyibatun warabbun ghafur" .
Maksudnya: " Negara yang aman, makmur dan mendapatkan keampunan Allah." (Saba`:15)
=== bersambung ===
Tidak ada komentar:
Posting Komentar