Kalau disebut taqwa, orang menjemahkannya sebagai takut kepada Tuhan. Itu tidak betul. Taqwa bukan bererti takut. Taqwa pada Tuhan bukan berarti takut kepadaTuhan. Takut kepada Tuhan hanyalah satu daripada sifat mahmudah yang terangkum dalam sifat taqwa tetapi ia bukan taqwa. Takut dalam bahasa Arab ialah khauf atau khasya.
Taqwa berasal dari perkataan waqa-yaqi-wiqoyah yang ertinya memelihara .
Hujahnya ialah ayat Al Quran seperti berikut:
" Yaayyuhallazi naamanu quamfusakum waahlikum nara."
Maksudnya:
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu memelihara diri kamu dan keluarga kamu dari api Neraka." (At Tahrim: 6)
Di dalam Al Quran, sering kali Allah menyeru dengan kalimah ittaqu atau yattaqi . Di mana ada tambahan huruf pada asal kalimah waqa , ia membawa perubahan kepada makna. Di sini ittaqullah membawa maksud hendaklah kamu mengambil Allah sebagai pemelihara/pembenteng / pelindung. laitu hendaklah menjadikan Allah itu pelindung. menJadikan Allah itu kubu atau benteng. Bila sudah berada dalam perlindungan, kubu atau benteng Allah, perkara yang negatif dan berbahaya tidak akan masuk atau tembus. Atau menjadikan Allah itu dinding dari kejahatan.
Usaha untuk menjadikan Allah sebagai pemelihara atau pelindung atau pembenteng ialah dengan melaksanakan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah lahir dan batin. Dengan kata-kata yang lain, perkara yang disuruh itu ialah membina sifat-sifat mahmudah. Mengumpul dan menyuburkan sifat-sifat mahmudah itulah usaha bagi menjadikan Allah itu sebagai pemelihara atau pelindung. Membina sifat-sifat mahmudah itulah usaha ke arah taqwa.
Taqwa atau wiqoyah telah disalahertikan. Maksudnya telah disempitkan. la sebenarnya adalah lebih global dan luas. la adalah gudang mahmudah dan merupakan himpunan segala sifat-sifat mahmudah. Di situ ada sabar, redha, pemurah, berkasih sayang, pemaaf, memberi maaf, meminta maaf dan se-bagainya. Seluruh sifat mahmudah itulah taqwa. Jadi, besarlah arti taqwa. la membawa keselamatan dunia dan Akhirat.
Oleh itu, kalau dikatakan ittaqullah , maknanya yang sebenar ialah `hendaklah kamu mengambil Allah sebagai pemelihara` . Oleh sebab itu istilah-istilah Islam telah banyak disalah guna dan disalahartikan, maka hilang berkatnya. Bila disebut istilah-istilah Islam, tidak terasa apa-apa. Contohnya ialah perkataan `khalwat `. Maksudnya mulia iaitu menyendiri dengan Tuhan. la satu bentuk amalan sufi. Tetapi maksudnya itu telah diselewengkan dengan membawa arti ` berdua-duaan lelaki dan perempuan yang bukan ajnabi`. Begitulah juga istilah ittaqullah ini. Setiap minggu pada hari Jumaat, dilaung-laungkan di mimbar masjid tetapi para jemaah tidak terasa apa-apa. Berkatnya telah hilang kerana maksudnya telah disalahertikan.
Untuk menjadi orang yang bertaqwa artinya menjadi orang yang berada dalam perlindungan Allah atau dalam pemeliharaan Allah. Orang yang berada dalam benteng dan kubu Allah. Dia selamat dari serangan luar. Serangan luar tidak mampan dan tidak mengenai dirinya. Orang bertaqwa itu seolah-olah telah dipakaikan baju besi atau jaket anti peluru.
Taqwa adalah pakaian jasad batin atau roh. la adalah amalan jiwa atau roh. Taqwa adalah perkara dalaman dan banyak me-libatkan amalan hati. Kalau sungguh-sungguh diamalkan dan dihayati, akan lahir sifat-sifat mahmudah seperti jujur, adil, benar, berkasih sayang, lemah lembut, pemurah, tawadhuk, pemalu, berperikemanusiaan, sabar, redha, tawakal, bertolak ansur, mengutamakan orang lain, pemaaf, amanah, tekun, rajin, lapang dada, bekerjasama, simpati, belas kasihan dan sebagainya.
Orang yang bertaqwa adalah orang yang luar biasa. Sebab dia manusia yang sudah bersifat malaikat. Sifat malaikat sudah ada dalam dirinya. Dia sudah jadi orang yang dekat dengan Allah. Sebab itulah dia dibantu dan dibela oleh Allah.intinya hanya Orang bertaqwa saja yang akan selamat di dunia dan di Akhirat.
===bersambung ===
Tidak ada komentar:
Posting Komentar