Taqwa adalah wasiat Allah kepada umat terdahulu dan umat terkemudian.
Firman Allah SWT: "Walaqad wassainal lazina utulkitaba minqablikum waiyakum anit taqullaha "
Maksudnya: " Sesungguhnya Kami telah berwasiat (memerintahkan) kepada orang-orang yang diberi kitab se-belum kamu danjuga kepada kamu, bertaqwalah kepada Allah." (An Nisa: 131)
Taqwa juga adalah wasiat Rasulullah SAW kepada umatnya.
Baginda bersabda:
Maksudnya: "Aku berwasiat kepada Engkau semua supaya bertaqwa kepada Allah, serta dengar dan patuh kepada pemimpin walaupun dia seorang hamba Habsyi. Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepas aku kelak, dia akan melihat pelbagai perselisihan. Maka hendaklah kamu berpegang kepada sunnahku dan sunnah para khalifah yang mendapat petunjuk selepasku. " (RiwayatAhmad, Abu Daud, Termizi dan Majah)
Sabda Baginda lagi:
Maksudnya: "Hendaklah kamu bertaqwa di mana sahaja kamu berada. Ikutilah setiap kejahatan (yang kamu lakukan) dengan kebaikan, moga-moga kebaikan itu akan menghapuskan kejahatan. Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik." (Riwayat At Termizi dan Ahmad)
Sabda Baginda:
Maksudnya: "Bertaqwalah terhadap perkara-perkara yang diharamkan, nescaya kamu akan menjadi manusia yang paling kuat ibadah; redhakanlah dengan apa yang diberi oleh Allah kepadamu, nescaya kamu akan menjadi manusia yang paling kaya; buatlah kebaikan kepada jiran kamu, nescaya kamu akan dapat keamanan, kasihilah manusia sebagaimana kamu mengasihi diri kamu sendiri, nescaya kamu akan selamat; jangan banyakkan ketawa kerana memperbanyakkan ketawa itu mematikan hati-hati." (Riwayat At Termizi, Ibnu Majah dan Ahmad)
Sabda Baginda lagi:
Maksudnya: "Bertaqwalah kamu kepada Allah, tunaikanlah sembahyang lima waktu, berpuasalah pada bulan Ramadhan, keluarkanlah zakat harta kamu, patuhi orang yangmenjaga hal ehwal kamu, nescaya kamu akan masuk Syurga Tuhan kamu." (Riwayat At Termizi, Ahmad dan Hakim)
Taqwa adalah wasiat para salafussoleh .
Sayidina Abu Bakar As Siddiq r.a. pernah berkhutbah: "... maka sesungguhnya aku berpesan kepada kamu semua supaya bertaqwa kepada Allah, supaya kamu sentiasa memuji Allah dengan pujian yang patut kamu memuji-Nya dan kamu campurkan harap dan cemas serta kamu gabungkan bersungguh-sungguh meminta dengan permohonan."
Sayidina Umar Al Khattab r.a. pernah menulis surat kepada anaknya Abdullah yang berbunyi: " Amma ba`du, sesungguhnya aku berpesan kepada engkau supaya kamu bertaqwa kepada Allah. Sesungguh-nya siapa yang bertaqwa kepada-Nya, nescaya Dia akan memeliharanya. Sesiapa yang memberi pinjaman kepada Allah (menafkahkan hartanya), nescaya Dia akan membalasnya. Sesiapa yang mensyukuri nikmat-Nya, nescaya Dia akan menambahkannya lagi. Jadikanlah taqwa tertegak di kedua matamu dan memenangi hatimu."
Umar bin Abdul Aziz r.a. pernah menulis sepucuk surat kepada seorang lelaki. Surat itu berbunyi: "Aku berwasiat kepadamu supaya bertaqwa kepada Allah Azza wajalla yang mana Dia tidak akan menerima selainnya (taqwa) dan Dia tidak menurunkan rahmat melainkan kepada orang yang bertaqwa dan Dia tidak akan memberi pahala melainkan ke atas taqwa."
Begitu juga, taqwa adalah wasiat sekalian para rasul a.s . seperti yang diceritakan dalam Al Quranul Karim:
" Waiznada rabbuka musa aniktil qaumadz dzalimina. Qauma fir`auna ala yattaquna."
Maksudnya: "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu menyeru Musa (dengan firman-Nya). Datangilah kaum yang zalim itu (iaitu) kaum Firaun: Mengapa mereka tidak bertaqwa?" (AsSyu`ara:10 -11)
" Kazzabat qaumu nuhil mursalina. Izqala lahum akhuhum nuhun ala tattaqunna."
Maksudnya: " Kaum Nabi Nuh telah mendustakan para Rasul. Ketika saudara mereka, Nuh berkata kepada mereka: Mengapa kamu tidak bertaqwa?" (As Syu`ara: 105 - 106)
" Kazzabat `adul mursalina. Izqala lahum akhuhum hudun ala tattaquna "
Maksudnya: "Kaum Aad telah mendustakan para rasul. Ketika saudara mereka, Hud berkata kepada mereka: Mengapa kamu tidak bertaqwa?" (As Syu`ara: 123 - 124).
"Kazzabat tsamudul mursalina. Izqala lahum akhuhum solihun ala tattaquna."
Maksudnya: "Kaum Tsamud telah mendustakan para rasul. Ketika saudara mereka, Saleh berkata kepada mereka: Mengapa kamu tidak bertaqwa?" (As Syu`ara: 141 - 142)
" Kazzabat qaumu lutil mursalina. Izqala lahum akhuhum lutun ala tattaquna."
Maksudnya: " Kaum Lut telah mendustakan para rasul. Ketika saudara mereka, Lut berkata kepada mereka: Mengapa kamu tidak bertaqwa?" (As Syu`ara: 160 - 161)
"Kazzabat ashabul aikatil mursalina. Izqala lahum syu`aibun ala tattaquna."
Maksudnya: " Penduduk Aikah telah mendustakan para rasul. Ketika Syuaib berkata kepada mereka: Mengapa kamu tidak bertaqwa?" (As Syu`ara: 176 -177)
Demikianlah pentingnya taqwa dalam kehidupan manusia. Para rasul diutuskan untuk menyampaikannya kepada umat manusia di dunia ini. Orang yang tidak bertaqwa dikatakan zalim dan mendustakan para rasul. la menjadi sebab kaum Nabi Nuh, kaum Aad, kaum Tsamud dan kaum Nabi Lut dihancurkan dan dimusnahkan oleh Allah SWT.
=== bersmbung ===
Tidak ada komentar:
Posting Komentar